Wednesday 9 September 2015

NUR ILHAM ANAK ISTIMEWA ANAK SYURGA




Assalamulaikum. Ini Nur Ilham anak istimewa saya. Kenapa saya kata istimewa? sebab Ilham mempunyai tingkah laku yang pelik dari kanak2 yang lain (Ini Saya akan ceritakan di entri yang lain) Jika tengok secara fizikalnya Ilham memang nampak normal & cukup sifat.  Alhamdulillah.

Ilham lahir 4 hari awal dari tarikh jangkaan bersalin (12 Sept 2005). Anak pertama saya hasil dari perkahwinan saya dan suami tercinta. Cerita tentang pengalaman melahirkan Ilham, memang kenangan manis bagi saya. Walaupun saat itu dah serik nak beranak lagi tapi bila di kenangkan kini pasti saya tersenyum sendiri. Semasa ingin melahirkan Ilham hampir 7 jam saya berada di wad bersalin bertarung nyawa untuk melahirkan Ilham dan akhirnya saya hampir tewas, saya dah tak bertenaga dan hampir pengsan dan Ilham terpaksa di "Vacum" untuk memudahkan ia keluar.
(walaupun doktor tak menyarankan untuk Vacum kerana akan mengakibatkan gangguan pada otak bayi)

Hampir umur 2 tahun ilham baru pandai bercakap. Berjalan pun lambat. Waktu bayi memang kuat nangis, memang sebagai ibu saya rasa begitu stress, maklum lah anak sulong. Mujur ada ibu yang membantu. Tahun demi tahun Ilham semakin membesar. Sejak dari kecil lagi Ilham ada tingkah laku yang pelik, tapi sebagai ibu saya tak perasan pun perangai dia yang pelik tu. Saya anggap biasalah budak2 memang macam tu. Insha Allah di lain entri saya akan ceritakan pengalaman saya bersama anak syurga saya ini. Banyak kisah Ilham yang ingin saya coretkan dalam blog ini sebagai kenangan & untuk tatapan Ilham waktu dia besar nanti. Doa ibu semoga Ilham membesar dengan sempurna dan menjadi insan berguna.

Comments
0 Comments
- See more at: http://mxdotmy.blogspot.com/2013/04/cara-pasang-kotak-komen-facebook-di-blog.html#sthash.H7stDJxi.dpuf

No comments :