Thursday, 28 March 2019

VITAMIN C - BERAPA DOS YANG DI PERLUKAN DALAM SEHARI?




Vitamin C mengambil masa 2-3 jam sebelum ia mencapai tahap maksimum dalam darah. Selepas tempoh tersebut, kandungan vitamin C dalam darah akan mula berkurangan dan seterusnya terhapus melalui air kencing atau peluh. Kebanyakan Vitamin C akan terhapus sepenuhnya selepas 3-4 jam. Oleh kerana itu, Vitamin C perlu diambil setiap hari dan berkadaran, contohnya setiap 4 jam sekali.

Dos pengambilan vitamin C ianya antara 250mg hingga 10gram setiap hari.  Semakin tinggi dos yang diambil, semakin kecil nisbah yang diserap oleh tubuh. Sebagai contoh, sekiranya kita mengambil Vitamin C tablet yang mengandungi 250mg Vitamin C, sebanyak 80% akan diserap oleh tubuh. Bagaimana pun, sekiranya diambil sebanyak 2gram (2000mg), hanya sebanyak 50% yang akan diserap oleh tubuh. Oleh itu, sebaik baiknya Vitamin C diambil pada jumlah yang kecil beberapa kali dalam sehari.

Bagi penyerapan yang lebih baik, Vitamin C perlu diambil selepas makan.




Untuk info mengenai vitamin c Shaklee KLIK SINI
https://ayacuya.blogspot.com/2014/09/khasiat-vitamin-c-sustained-release.html




TIPS DIET - 8 CARA ATASI MASALAH CEPAT LAPAR

Sedang Diet??? tapi rasa cepat laparrrr macamana niiii!!

Jom try ikut 8 petua ni. (Kredit)


1.  Kurangkan makanan segera
Kebanyakan makanan segera ni rasanya sedap kerana ia mengandungi Monosodium Glutamate perisa (MSG) kerana kesedapan itulah menyebabkan kita akan rasa  ‘ketagih’ dengan makanan segera secara tak langsung kita akan makan dalam kuantiti yang banyak.

2. Ambil sarapan pagi
Sarapan pagi bantu  mengalas perut agar tidak mudah berasa lapar sebelum waktu makan tengahari.

3. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran
Jadikan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai snek ketika berasa lapar.
Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi pelbagai jenis vitamin dan serat yang mampu membuatkan kita berasa kenyang dalam tempoh masa yang lama. 

4. Atasi cepat rasa lapar dengan air kosong
Minum 8 gelas air atau lebih pada setiap hari kerana jika badan kekurangan air pasti kita akan cepat berasa clapar. Badan kita memerlukan air yang mencukupi untuk melancarkan proses pencernaan.

5. Kawal tekanan /stress
 Stress boleh meningkatkan penggunaan tenaga kimia oleh otak & seterusnya akan menyebabkan anda mudah berasa lapar. Jadi jangan2 stress2 ye!

6. Elak dari rasa bosan
Bosan boleh menyebabkan kita cepat berasa lapar. Sibukkan diri dengan melakukan aktiviti dan hobi bagi mengatasi perasaan bosan.

7. Elak rasa sejuk
Biasanya rasa sejuk buat kita mudah rasa lapar. Jadi atasi rasa sejuk dengan melakukan senaman ringan untuk memanaskan badan atau minum secawan teh suam tanpa gula. 

8. Ambil makanan atau minuman yang berprotein tinggi
Protein dapat membantu perut kita cepat berasa kenyang secara tak langsung ia mempercepatkan proses penurunan berat badan & mendapat kulit yang cantik. Pastikan protein merupakan 100% sumber protein di ambil dari makanan & minuman (tidak melalui proses memasak, memangang, membakar, gril) kerana protein mudah musnah dengan suhu panas.

Bagaimana untuk memperoleh 100% sumber protein? Shaklee menawarkan minuman yang mengandungi sumber protein yang 100% semulajadi.  Jadi tak perlu bersusah payah kerana ianya menyediakan minuman protein yang sihat & mengeyangkan!


Ini dia!!

ESP SOY PROTEIN - untuk mengetahui fungsi setiap nutrisi dalam ESP ini 






2. CINCH SHAKE - untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Cinch Shake



Monday, 19 November 2018

TUNTUTAN HIDUP



Selama 2 tahun saya dan suami tak bekerja akibat company tutup. Kami teruskan hidup dengan berniaga kecil-kecilan di tepi jalan. Mujur saya ada buat side income kecil-kecilan dengan berniaga online. Setidak-tidaknya dapatlah saya dan keluarga kecil saya meneruskan hidup.

Alhamdulillah ini tahun ke-5 saya berniaga secara online dengan Shaklee. Walaupun berniaga kecil-kecilan secara online ia sangat membantu. 

Januari 2018 Saya diterima bekerja di syarikat yang berhampiran rumah saya dan suami saya masih terus berniaga.
Alhamdulillah dapatlah bernafas sikit bila salah seorang dah bekerja tetap.

Macam biasalah sebagai ibu yang bekerja, Isnin hingga jumaat 9.00 pg - 5.00 ptg. Balik rumah terus masak untuk suami & anak2. Malam 8-12  sambung lagi kerja kat rumah dan part time tolong suami berniaga buger.

Esoknya pagi2 saya hantar anak sekolah & pergi kerja. Begitulah rutin saya tiap2 hari. Weekend berniaga jual pisang goreng tepi jalan, ada masa hantar barang ke customer, ke sana ke mari, balik rumah sambung mengemas, lipat baju yang berlambak, masak untuk suami dan anak2.

Walau pun agak sibuk TAPI saya masih lagi mampu meneruskan bisnes kecil saya secara online.
Macamana saya urus masa saya? Sebenarnya tak susah pun. Bisnes Shaklee ni mudah je, tak rasa menyusahkan saya pun. Semuanya melalui "alam maya" post kt fb page, update blog, layan pm, wassap customer. semua tu boleh di lakukan waktu saya buat kerja rumah. Kiranya memang handphone ni sentiasa ada di sisiku hihihi, sambil masak boleh online, sambil lipat baju boleh online, sambil ajar anak baca buku pun sempat juga tengok handphone, sampai anak pun komplen haha

Sebab apa saya buat semua ni, tak penat ke?

TUNTUTAN HIDUP, ye tuntutan hidup memaksa saya buat semua ni. Kos sara hidup makin meningkat, semua benda dah mahal, nak simpan duit untuk anak2 pun tak dapat. kalau saya tak buat saving untuk anak2 macamana la hidup anak2 saya nanti.  Saya berniaga  supaya anak2 saya hidup senang pada masa sekarang dan masa depan. Bagi saya anak2 segala2nya. Saya sanggup buat apa saje untuk lihat mereka gembira. Dengan bisnes Shaklee saya bersyukur sangat dapat saving untuk anak2, nak harapkan duit gaji memang ngam2 untuk byr hutang. Hutang kereta,hutang rumah,hutang PTPTN, bil air, bil letrik, bil astro ape lagi?? banyak laaa 😣 Tu sume guna duit. Kalau berniaga dapat untung 5 ringgit pun dah syukur alhamdulillah.

Disebabkan tuntutan hidup yang mendesak kita janganlah terlalu banyak alasan untuk memulakan sesuatu. Itu tak boleh ini tak boleh, itu tak sempat,ini tak sempat, sibuk ini sibuk itu. Cuba dulu baru kita tahu sejauh mana kemampuan kita.

Alhamdulillah walaupun Shaklee hanya bisnes part time saya dapat juga saya meneruskan tuntutan hidup yang makin mencabar.

Jadi para wanita di luar sana, jangan terlalu bergantung pada suami. Kita sebagai tulang belakang suami dan anak2 apa lah salahnya kita bantu suami kita. Jika suri rumah berniagalah secara part time even berniaga kecilan di alam maya. Langit tidak selalu cerah, mana tahu dengan kerjaya kecil inilah yang akan membantu kita untuk meneruskan hidup.

Doakan kami sekeluarga
saya juga doakan anda semua.
*Gambar kenangan manis ketika mendapat anugerah "Leadership Consistency" dari Shaklee :)



Thursday, 4 January 2018

INFORMASI UNTUK IBU HAMIL DAN MENYUSU



"Kekurangan pengambilan kalsium atau leka dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua (osteoporosis.). Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu"

Di nasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.


Ostematrik Kalsium Shaklee dalam bentuk tablet.
Mudah! 

Sunday, 4 June 2017

TIPS BERTENAGA SEPANJANG HARI SEWAKTU BERPUASA


Usai bersahur, telan vitalea multivitamin untuk tenaga berpanjangan sepanjang hari
Sangat disarankan kepada ibu2 hamil dan menyusu.

Kita tak hamil pun, tapi kita telan gak heheh

Vitalea ni multivitamin yang πŸ‘πŸ‘πŸ‘
Kenapa perlu makan vitalea multivitamin waktu sahur.
Jom baca πŸ˜‰

Vitamin A - Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, system respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat.

Vitamin D – Meningkatkan kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis.

Vitamin E – Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut.

Vitamin C – Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah.

Asid Folik – Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulsert mulut, kesihatan kulit.

Vitamin B1 – Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan meransang peredaran darah, bantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan petanda herpes zoster.

Vitamin B2 – Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan.

Vitamin B3 – Tukar makanan kepada TENAGA (digalakkan jika berpuasa untuk tenaga berpanjangan) , menghasilkan hormone, meransang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migraine, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus.

Vitamin B6 – Metabolisma protin, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekajangan, kebas, anemia.

Vitamin B12 – Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, focus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun.

Biotin – Bantu B-kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetis, sakit otot, eczema dan keradangan kulit.

Vitamin B5 – Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotic, mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka.

Kalsium – Baik untuk tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis / penyakit tulang lembut.

Fosforus – Meningkatkan kepadatan tulang, diabetis, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu ligament / otot dan meredakan kesakitan akibat atritis, anoreksia.

Iodin – Baik untuk tirod, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligament/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan.

Zat Besi – Membentuk hemaglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia.

Magnesium – Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadalamn.

Copper – Membantu menukarkan zat besi kepada haemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebangkakan.

Zink – Meningkatkan sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda.


PENGAMBILAN ALFALFA TIDAK DIGALAKKAN WAKTU SAHUR. KENAPA?

Telan alfalfa lepas sahur.

Tak digalakkan sebab Alfalfa merupakan serat dimana kita memerlukan minum banyak air, jika telan alfalfa selepas sahur akan menyebabkan badan kita akan kekurangan air kerana alfalfa merupakan serat yang berfungsi  menyerap lebihan air dalam badan.

Nanti rasa cepat haus pulaπŸ˜…

Masa sesuai telan alfalfa 2-3 jam selepas berbuka ocey πŸ˜‰

#sharingtips
#pengedarshakleebanting

Direct wasap to order
www.wasap.my/+601133446425/ordershaklee

Friday, 2 June 2017

MISI TURUNKAN BERAT BADAN SEWAKTU BERPUASA

Salah satu cara untuk menjayakan misi untuk turunkan berat badan.

Telan Lecithin selepas berbuka. Kenapa?

Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak’….dalam kata ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu ‘terapung’ dalam darah…dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran / salur darah. Lemak yang telah diurai oleh lecithin akan keluar melalui detox / pembuangan air besar.