Friday 21 August 2015

5 TIPS KEMPISKAN PERUT SELEPAS BERSALIN



Perkongsian hari ini , 5 tips kempiskan perut selepas bersalin 
check it out! 

1.Campur sedikit cuka, garam dan kunyit kemudian kisar. Tampal bahan kisaran pada perut dan balut dengan bengkung ketika dalam tempoh berpantang.


2. Campur sedikit beras dan kisar halus. Kemudian campurkan dengan adunan cekur, gula merah, air asam jawa dan sedikit air suam, kemudian tapis dan minum. Amalkan seminggu empat kali.


3. Potong halia lebih kurang saiz 3 sentimeter, limau nipis besar sebiji, sedikit air suam, secubit garam dan lada hitam 15 biji. Kisar kesemuanya. Tapis dan minum airnya.


4. Campurkan asam jawa, jadam dan air mendidih. Sapu adunan tersebut pada perut dan pakai bengkung sepanjang tempoh berpantang.


5. Tumbuk beberapa potongan halia sehingga halus. Gaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat. Makan bersama nasi panas. Selain membantu mengempiskan perut, ia memperbaiki pengaliran darah dalam badan.

Sumber: PA & MA

Rasa rumit nak dengan tips di atas? kita try cara moden. Shaklee boleh tolong anda!
Sebarang pertanyaan harga & konsultasi produk Shaklee hubungi saya 019 2422035 (call /wassap)





Comments
0 Comments
- See more at: http://mxdotmy.blogspot.com/2013/04/cara-pasang-kotak-komen-facebook-di-blog.html#sthash.H7stDJxi.dpuf

No comments :