Saturday 8 August 2015

5 CARA RAWAT BENGKAK SUSU


Assalamulaikum. Saya pengedar sah Shaklee Banting & Seluruh Malaysia.

Bengkak Susu??? adooiii sakitttt..korang yang pernah rasa bengkak susu ni mesti tahu macamana rasanya kan. Teringat balik pengalaman saya masa anak pertama dulu. Lepas berpantang 2 bulan masuk kerja semula. Masa kat office 8 jam menahan "kebengkakan" susu..rasa nak menangis pun ada. Tak sabar nak balik rumah menyusukan baby..huhuhu..

Entry harini saya nak suka nak kongsi petua2 macamana nak rawat bengkak susu. Kebanyakan petua2 ni dari orang2 tua kita dulu. Saya percaya ada antara korang yang pernah cuba kan. hihii..
Tapi sekiranya korang berkerja mana nak sempat nak buat semua petua2 ni. takkan nak buat kat office kot hahaha. Paling2 pun makan ubat tahan sakit. Tapi ubat tak elok untuk baby menyusu. So korang boleh tukar kepada supelemen / vitamin. LECITHIN SHAKLEE boleh bantu kurangkan bengkak susu, selamat & bagus untuk otak baby (KLIK SINI - BAGAIMANA LECITHIN BANTU ATASI BENGKAK SUSU)


Ok jom kita tengok2 petua tradisional pula. Mana tahu boleh praktik kat office. haha

1. Letakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya.

2. Urut payu dara perlahan-lahan (Semasa bayi menyusu) . Ia dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.

3. Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting)





 4. Letakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, ini petua paling selalu orang buat. betul2 tak..hihihi (buat sesekali sahaja ye sebab jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering).




5. Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.


Selamat Mencuba!!
Comments
0 Comments
- See more at: http://mxdotmy.blogspot.com/2013/04/cara-pasang-kotak-komen-facebook-di-blog.html#sthash.H7stDJxi.dpuf

No comments :