Wednesday, 26 November 2014

4 PRINSIP BEBAS HUTANG.


Assalamualaikum. Lunch time! Korang dah makan? Macam biasa waktu lunch saya kat office saja.
Update blog, blogwalking, rileks, tidur..hehehe.. Hari ni saya habiskan masa dengan baca buku yang comel ni. Bertajuk  "MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI". Buku ini pemberian mentor2 dari sideline saya. Thanks Sis sebab bagi buku yang comel ni.




Hasil dari pembacaan saya hari ni,satu lagi ilmu saya telah peroleh. Iaitu 4 PRINSIP BEBAS HUTANG.

4 prinsip yang kita perlu pegang & amalkan untuk bebas hutang:

1. Beli sesuatu secara Tunai. Jika belum mampu sabar dan terus menyimpan.
Bagi saya prinsip ini mudah & senang di praktikkan tapi kalau nak beli "sesuatu" yang murah lah confirm boleh beli Tunai. nak beli yang mahal2 tak mampu. So kena kumpul duit dulu ye. Hihihi..

2. Hidup di bawah kemampuan bukan ikut kemampuan.
Iaitu berbelanja mengikut keperluan bukan kemampuan. Prinsip yang ini macam "berat" sikit bagi . Biasa lah kita sebagai manusia ni sentiasa rasa tak pernah cukup. Kadang2 beli sesuatu yang tak perlu. Kan membazir..So pengajaran yang saya dapat kalau nak beli atau berbelanja sesuatu fikir panjang dulu. Perlu ke tak perlu, mampu ke tak mampu..kalau tak mampu tak perlu beli.
So tak de la hutang2 ni kan.

3. Bina PENDAPATAN KEDUA (Berniaga).
Yes, yang in saya setuju. Pendapatan kedua atau side income walaupun sikit tapi ia sangat -sangat membantu. Berniagalah apa pun asalkan kita ada side income boleh lah buat saving sikit. 
Kita boleh anggap gaji yang kita dapat tu untuk "hidup" tiap2 bulan. Dan bisnes ni sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Mujur saya dah start berbisnes, walaupun bisnes MLM tapi sangat2 membantu! and of coz lah saya nak kata Alhamdulillah thanks to Shaklee. Hik hik..

4. Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit.

Alhamdulillah hampir setahun saya berbisnes Shaklee. Dan sejak itu saya dapat menyimpan untuk keluarga. Sebelum ni nak konsisten menyimpan sikit punya susah, duit ngam2 je untuk bayar hutang dan beli barang keperluan.

Insha Allah saya akan cuba amalkan 4 prinsip ni untuk bebas dari hutang. Impian saya untuk bebas dari segala hutang pada 5 tahun akan datang (tahun 2020). Insha Allah. Kita pasang IMPIAN dulu, kemudian kita atur langkah macamana nak capai Impian itu.

AyaSuria
0192422035
to be Sen.Supervisor Nov 2014
success & happiness start with you
www.ayacuya.com
Comments
0 Comments
- See more at: http://mxdotmy.blogspot.com/2013/04/cara-pasang-kotak-komen-facebook-di-blog.html#sthash.H7stDJxi.dpuf

No comments :