Monday 19 November 2018

TUNTUTAN HIDUP



Selama 2 tahun saya dan suami tak bekerja akibat company tutup. Kami teruskan hidup dengan berniaga kecil-kecilan di tepi jalan. Mujur saya ada buat side income kecil-kecilan dengan berniaga online. Setidak-tidaknya dapatlah saya dan keluarga kecil saya meneruskan hidup.

Alhamdulillah ini tahun ke-5 saya berniaga secara online dengan Shaklee. Walaupun berniaga kecil-kecilan secara online ia sangat membantu. 

Januari 2018 Saya diterima bekerja di syarikat yang berhampiran rumah saya dan suami saya masih terus berniaga.
Alhamdulillah dapatlah bernafas sikit bila salah seorang dah bekerja tetap.

Macam biasalah sebagai ibu yang bekerja, Isnin hingga jumaat 9.00 pg - 5.00 ptg. Balik rumah terus masak untuk suami & anak2. Malam 8-12  sambung lagi kerja kat rumah dan part time tolong suami berniaga buger.

Esoknya pagi2 saya hantar anak sekolah & pergi kerja. Begitulah rutin saya tiap2 hari. Weekend berniaga jual pisang goreng tepi jalan, ada masa hantar barang ke customer, ke sana ke mari, balik rumah sambung mengemas, lipat baju yang berlambak, masak untuk suami dan anak2.

Walau pun agak sibuk TAPI saya masih lagi mampu meneruskan bisnes kecil saya secara online.
Macamana saya urus masa saya? Sebenarnya tak susah pun. Bisnes Shaklee ni mudah je, tak rasa menyusahkan saya pun. Semuanya melalui "alam maya" post kt fb page, update blog, layan pm, wassap customer. semua tu boleh di lakukan waktu saya buat kerja rumah. Kiranya memang handphone ni sentiasa ada di sisiku hihihi, sambil masak boleh online, sambil lipat baju boleh online, sambil ajar anak baca buku pun sempat juga tengok handphone, sampai anak pun komplen haha

Sebab apa saya buat semua ni, tak penat ke?

TUNTUTAN HIDUP, ye tuntutan hidup memaksa saya buat semua ni. Kos sara hidup makin meningkat, semua benda dah mahal, nak simpan duit untuk anak2 pun tak dapat. kalau saya tak buat saving untuk anak2 macamana la hidup anak2 saya nanti.  Saya berniaga  supaya anak2 saya hidup senang pada masa sekarang dan masa depan. Bagi saya anak2 segala2nya. Saya sanggup buat apa saje untuk lihat mereka gembira. Dengan bisnes Shaklee saya bersyukur sangat dapat saving untuk anak2, nak harapkan duit gaji memang ngam2 untuk byr hutang. Hutang kereta,hutang rumah,hutang PTPTN, bil air, bil letrik, bil astro ape lagi?? banyak laaa 😣 Tu sume guna duit. Kalau berniaga dapat untung 5 ringgit pun dah syukur alhamdulillah.

Disebabkan tuntutan hidup yang mendesak kita janganlah terlalu banyak alasan untuk memulakan sesuatu. Itu tak boleh ini tak boleh, itu tak sempat,ini tak sempat, sibuk ini sibuk itu. Cuba dulu baru kita tahu sejauh mana kemampuan kita.

Alhamdulillah walaupun Shaklee hanya bisnes part time saya dapat juga saya meneruskan tuntutan hidup yang makin mencabar.

Jadi para wanita di luar sana, jangan terlalu bergantung pada suami. Kita sebagai tulang belakang suami dan anak2 apa lah salahnya kita bantu suami kita. Jika suri rumah berniagalah secara part time even berniaga kecilan di alam maya. Langit tidak selalu cerah, mana tahu dengan kerjaya kecil inilah yang akan membantu kita untuk meneruskan hidup.

Doakan kami sekeluarga
saya juga doakan anda semua.
*Gambar kenangan manis ketika mendapat anugerah "Leadership Consistency" dari Shaklee :)



Comments
0 Comments
- See more at: http://mxdotmy.blogspot.com/2013/04/cara-pasang-kotak-komen-facebook-di-blog.html#sthash.H7stDJxi.dpuf

No comments :