Keputihan merupakan cairan yang keluar dari vagina. Terdapat dua jenis keputihan iaitu normal dan abnormal (jangkitan mikroorganisma)
Keputihan Yang Normal
Dalam keadaan normal, lendiran yang keluar adalah bening, tidak
berwarna, tidak berbau dan tidak gatal. Keputihan normal ini juga boleh
dijadikan ukuran paras kesuburan.Sekiranya lendiran putih bening ini
yang beranggaran 20cm,ianya menandakan waktu yang sangat subur bagi
seseorang wanita.
Keputihan Yang Abnormal
Merupakan lendiran yang keluar seperti susu basi, likat dan liat
berwarna kekuningan atau kadang-kadang seperti gumpalan keju yang boleh
menimbulkan rasa gatal & berbau hanyir.
Beberapa Tips Yang Boleh Di Amalkan Bagi Mengatasi Masalah Keputihan
- Hindari pengunaan sabun, gel dan sebagainya. Hanya gunakan air suam bersih bagi mencuci bahagian luar faraj, atau gunakan pencuci khas yang mempunyai pH3.8-4.2
- Elakkan menyembur dengan air kedalam faraj ianya boleh menganggu keseimbangan flora bakteria didalam faraj dan boleh menyebabkan jangkitan
- Selalu keringkan dahulu faraj sebelum memakai seluar dalam dan jangan sesekali memakai seluar dalam yang lembab untuk jangka waktu yang lama
- Hindari dari memakai bedak di kawasan kemaluan disebabkan partikel-partikel halus yang mudah terselit dicelah kulit boleh mengundang bakteria bersarang
- Pastikan kerap menukar pad sewaktu haid dan elakkan pengunaan yang terlalu lama
- Gunakan alas seluar dalam (panty liner) untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan. Elakkan wangian dan pencuci antiseptik kerana ini akan memudaratkan keadaan.
- Cuba sedaya upaya untuk mengamalkan diet bersumberkan bakteria baik seperti yogurt, yakult, sayuran hijau, bendi sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi menguatkan pertahanan tubuh dari diserang mikroorganisma lain.
Untuk merawat masalah keputihan, anda juga boleh cuba mengamalkan Suplemen Shaklee.
Antara produk cadangan boleh KLIK SINI